H.O.R.A.S

Selamat Datang buat anda yang mengunjungi blog ini, Segala informasi dalam blog ini merupakan bantuan dari buku-buku, majalah, dan lain-lain
Semoga blog ini bermanfaat bagi anda ^^.


Rabu, 30 Agustus 2023

Cara Membuat Nasi Gurih Dan Salad Sayur

  

 

NASI GURIH DAN SALAD SAYUR


\RESEPI NASI ARAB

BAHAN-BAHAN :

Beras Basmathi ( rendam 20min basuh dan toskan)

Bawang merah

Bawang putih

Buah pelaga dan tiga sekawan(bunga cengkih/lawang/kayu manis

Minyak / minyak sapi / Planta

Perencah Nasi Arab (tak kisah jenama apa)

Garam

Gula

Pewarna Kuning / oren

CARA MEMASAK :

First sekali tumis bahan-bahan tumisan yang diihiris seperti bawang merah dan putih. lepastu tumis macam biasa bersama bahan yang lain buah pelaga,tiga sekawan.

Dah nampak garing keemasan tu masukan perencah nasi arab ( satu sudu je) kalau banyak nanti warna jadi gelap sangat. Masukan sikit garam dan gula.

Dah nampak pecah minyak sikit tu masukan beras yang dibasuh dengan sedikit air (masak seperti biasa)

Bila nasi dah masuk baru titis sedikit je pewarna oren dan kuning

RESIPI SALAD ARAB :

Tomato

Bawang merah

Timun Jepun/timun biasa

Perahan lemon/jus limau segera (guna yg kedai Eco je)

Daun ketumbar

Garam

Gula

Minyak zaitun (kalau ada)

CARA MEMBUATNYA :

Potong dadu bahan - bahan tu semua lepastu perasakan dengan perahan lemon ,minyak zaitun . kemudian masukan garam dan gula. Gaul je semua. mudah aje

RESIPI SOS HARRAH :

Tomato

Daun ketumbar

Cili padi( thai chili pedas lagi sedap)

Perahan lemon sikit je

Bawang merah (kalau nak buh)

Garam

Gula

CARA MEMBUATNYA :

Blend bahan- bahan yang disenaraikan iaitu tomato, daun ketumbar, cili padi tu dengan sikit air je jangan banyak sangat.

Lepas dah blend perah lemon sikit je jangan bagi masam sangat dan perasakan dengan garam dan gula. Kena balance tau kalau salad dah masam sos kena manis2 sedang gitu je (tawar pun ok)

Kredit : Empunya Resepi

SELAMAT MENCOBA







Tidak ada komentar:

Posting Komentar