TOMYAM CAMPUR THAI
Bahan-bahan:
Bahan-Bahan untuk Rebusan A:
air secukupnya
Akar ketumbar
2 inci lengkuas
4-5 helai daun limau purut
2 batang serai
cili padi, hiris atau tumbuk kasar
1 ketul kiub ayam
Bahan-Bahan untuk Rebusan B:
karot
1 mangkuk isi ayam
bawang holland
3 sudu besar pes tom yam
cendawan tiram
tomato
3 sudu besar sos ikan
3 ekor sotong
7-8 ekor udang besar
1/4 cawan susu cair
jus limau nipis dari 4 biji limau
hirisan daun ketumbar, untuk tabur
1 mangkuk kecil isi ayam
Cara Penyediaan:
-Masukkan semua bahan-bahan rebusan A sekaligus ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
-Masukkan pula karot diikuti isi ayam, bawang holland, pes tomyam, cendawan tiram yang diracik halus, tomato, sos ikan, sotong, udang dan susu cair.
-Kacau seketika tetapi jangan lama kerana takut udang dan sotong terlebih masak. Anggaran 30 saat sahaja.
-Masukkan jus limau nipis dan terus tutup api. Jus limau tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti rasanya akan menjadi tidak enak.
-Taburkan dengan hirisan daun ketumbar sebagai penambah aroma dan hiasan.
@semua orang
Tidak ada komentar:
Posting Komentar