H.O.R.A.S

Selamat Datang buat anda yang mengunjungi blog ini, Segala informasi dalam blog ini merupakan bantuan dari buku-buku, majalah, dan lain-lain
Semoga blog ini bermanfaat bagi anda ^^.


Selasa, 08 November 2022

Cara Membuat Kuih Getas

 

 

GETAS

KUIH GETAS GULA MELAKA

by. @kualihelena
Bahan :
1 cawan tepung pulut

3 sdm tepung ubi kayu

120 ml air

1 sdt garam

1 cawan kelapa parut

Cara Mengerjakan :
Campurkan semua bahan diatas kecuali air.

Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tak melekat di tangan.

Bentukkan bulat memanjang atau sesuai selera, goreng dengan api sederhana sehingga agak keperangan.

Angkat dan tos kan.


Lapisan Gula:

1/2 cawan gula merah

1/2 cawan air


Cara Mengerjakan :⁣
Dalam kuali non stick, masak gula dan air hingga mendidih dan pekat.

Kecilkan api.

Masukkan getas yang tadi ke dalam lapisan gula merah, kacau rata hingga semua tersalut rata dan gula berkaramel.

Tutup api, biarkan sekejap sehingga lapisan gula merah mengeras.


NOTE:

Petua untuk mengelakkan kuih getas meletup semasa digoreng:

1. Masukkan adunan kuih yang siap dibentuk kedalam kuali yang berisi minyak (jangan tunggu hingga minyak PANAS)

2. Masak dengan api kecil dan biar minyak dan kuih panas perlahan-lahan. In sha Allah kuih tidak meletup-letup.



Kuih Getas


Tidak ada komentar:

Posting Komentar