KUE
PUTU UBI KAYU
Bahan asasnya ialah ubi kayu.
- Kuantiti ubi kayu bergantung kepada banyak
mana hendak hasilkan putu halba.
- Ubi kayu yang telah dikopek kulit luarnya
hendaklah diparut atau dimesin.
- Ubi kayu yang telah diparut itu hendaklah
diperah agar kering (lembab yang gebu)
- (untuk mudah, sekarang terdapat debu atau
tepung ubi kayu dijual di pasaran)
- Gaul ubi kayu yang diparut dengan halba
secukup rasa. Ada juga yang memasukkan sedikit garam.
Untuk memasak
- Tepung ubi kayu dimasuk ke dalam piring kecil
(acuan)
- Guna tutup teko basuh tangan pun boleh. Ada
yang guna acuan kuih dan gelas. Inilah dikatakan kreativiti.
-.Letakkan sedikit gula melaka (nise) yang telah
dipotong kecil. Boleh juga gunakan guna.
- Taburkan sedikit ubi kayu di atas nise supaya
tertutup dan tekan sedikit supaya mampat
- Letakkan kain kasa (maslin) di atas piring
ubi. Kain lain pun boleh digunakan seperti sapu tangan atau tuala kecil.
- Terbalikkan piring ke atasnya supaya putu
tertinggal di atas kain.
- Angkat dan isikan ke dalam pengukus.
(anda boleh lakukan apa peralatan atau cara yang
sesuai, asalkan putu yang hendak dimasakkan itu dapat diletakkan ke dalam atau
di atas pengukus.
- Putu halba masak apabila semua telah melekit
mengikut bentuk - tentu anda kenal yang masak dengan belum.
Putu halba sedap dimakan ketika panas. Ia
dicicah dengan kelapa parut. Kalau sudah sejuk, maka kurang sedap dimakan sebab
sudah liat sedikit dan aroma bau serta rasanya berkurangan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar