DAGING SAPI BERKUAH
Daging masak hitam
Bahan-bahan :masak hitam
600-800g daging, anggaran (dipotong ikut suka hati)
Sedikit gula
Sedikit garam jika perlu
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Daun pandan 2 helai
Bahan untuk perapan daging:
6-7 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
Bahan-bahan untuk dikisar halus:
(*semua bahan-bahan yg ini perlu di goreng dahulu tanpa myk hingga layu sebelum dikisar)
Cili kering (anggaran segenggam-ikut kepedasan masing2)*
12-15 biji bawang merah*
5-7 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Serai 5 batang*
Rempah biji( 4 sudu makan)*
Cara Penyediaan:
Daging tadi dipotong ikut suka hati dan diperap dahulu selama 30 minit dengan bahan perapan daging.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis dan daun pandan sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan-bahan yg telah dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan pula daging yang telah diperap tadi.
Kacau sebentar kemudian masukkan sedikit air.
Masakkan sehingga kuah agak pekat dan perasakannya dengan sedikit gula putih ataw gula melaka Garam boleh ditambah jika perlu.
Selamat mencoba
kredit: zakuan laris
Tidak ada komentar:
Posting Komentar