H.O.R.A.S

Selamat Datang buat anda yang mengunjungi blog ini, Segala informasi dalam blog ini merupakan bantuan dari buku-buku, majalah, dan lain-lain
Semoga blog ini bermanfaat bagi anda ^^.


Sabtu, 14 Oktober 2023

Olahan Nasi Ayam Gurih

  

NASI AYAM GURIH


RESEPI NASI AYAM

BAHAN UTK AYAM :

1ekor ayam potong 4

Jangan buang kulit

Daun bawang 3pokok basuh bersih simpul

Halia 4 inci ketuk

2 batang serai ketuk

Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :

Masuk air yang banyak sesuai utk masak nasi sup sos nanti ambik daripada ni ke dalam periuk besar bersama semua bahan di atas kecuali ayam. Biar mendidih.

Kemudian masuk ayam, celup dulu sekejap kemudian angkat bagi kulitnya tegang tak berkedut.

Kemudian baru lepaskan ayam ke dlm air ulangi proses sehingga habis keempat2 ketul ayam tersebut.

Rebus selama 10 minit dengan api biasa. Kemudian renih dlm masa 15 minit biar ayam masak. Angkat dan toskan.

Bawang putih halia tumbuk masuk sedikit garam sedikit kicap pekat dan madu lumur pada ayam dan perap sekejap.

Sambil tu boleh masak nasi dan sos.

Kemudian boleh bakar ayam tu dlm oven dlm 30 minit hingga keperangan. Ikut suka kita nak garing atau tidak sebab ayam tu tadi dah rebus.

Bila ayam dah siap masak, lumur dengan madu supaya berkilat cantik dan sedap.

BAHAN UTK NASI :

1kg beras basuh bersih dan toskan

Bahan utk tumis

6ulas Bawang putih cincang

3inci halia ketuk

3helai daun pandan simpul

Rempah 4 sekawan

Bunga cengkih kayu manis buah pelaga bunga lawang

2 sudu butter

2 kiub ayam

Air rebusan ayam tadi

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak campur 2 sudu butter, tumis 5 sekawan bawang putih dan halia hingga wangi.

Masukkan beras kacau hingga sebati.

Kemudian masuk air rebusan ayam, sepadan dengan 1 kg beras kita tadi, kiub ayam, daun pandan, sedikit garam dan gula.

Kalau nak tukar ke rice cooker pun boleh, masak terus atas api pun boleh sehingga masak.

BAHAN UTK SOS CILI :

10biji cili merah

5biji cili padi kalau nk pedas tambah lagi.

4ulas bawang putih

1kiub ayam

Sedikit halia

Air masak

Garam gula dan cuka secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

Masuk semua bahan kedalam blender kecuali cuka dah siap masuk dlm mangkuk tambah cuka dan rasa secukup rasa manis masin masam.

BAHAN UTK SOS KICAP :

5ulas bawang putih cincang

1 kiub ayam

2 sudu tepung jagung bancuh dengan air

5 sudu sos tiram

Kicap cair secukupnya

3 cawan air rebusan ayam tadi

CARA MEMBUATNYA :

Panas minyak tumis bawang putih hingga kekuningan masuk sos tiram kicap dan air rebusan. Masuk air tepung jagung bagi pekat garam gula kiub ayam. Kacau rata dan rasalah biar sesedap rasa.

UTK SUP :

Air lebihan ayam tadi masuk kiub ayam 2 biji akar, daun ketumbar garam secukup rasa. Masa nak hidang tabur bawang goreng dan daun ketumbar. Saya tadi masuk bebola ayam anak2 suka masuk ni.

Semasa menghidang hiaskan dengan salad tomato dan timun.Tadaa dah siap selamat mencuba semoga bermanfaat.


Kredit : Azizah Daud

SELAMAT MENCOBA 






Tidak ada komentar:

Posting Komentar